Di dalam hidup, kita akan sering menempuhi pelbagai ujian. Semenjak kita kecil sehingga kita dewasa pelbagai-bagai ujian telah kita tempuhi. Adakah anda sedar semua ujian yang telah anda lalui sebelum ini?
Sebelum kita melalui alam di dalam kandungan lagi kita telah menempuhi ujian yang sangat getir. Berjuta-juta benih bersaing untuk lahir kedunia. Dan dari berjuta-juta itu, kita berjaya..
Umur 1 tahun - Kita sering terjatuh tersungkur semasa kita mula belajar berjalan. Tetapi dengan keazaman yang ada kesakitan jatuh tersemban tidak anda pedulikan. Hasrat untuk berjalan seperti orang lain akhirnya tercapai. Kita berjaya.
Di alam persekolahan kita perlu menduduki pelbagai-bagai jenis ujian dan peperiksaan untuk kita melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.
Itu adalah sedikit daripada ujian yang telah kita tempuhi. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.
Namun, kegagalan bukanlah satu faktor untuk kita berputus asa. Tuhan itu Maha Esa, itu adalah ujian buat kita seperti ujian-ujian yang kita hadapi sebelum ini. Jika kita berjaya menghadapi ujian yang diberikan itu Insyaallah kita akan mengecapi kejayaan yang kita kehendaki.
Bagi yang tidak berjaya menempuhi ujian didalam pelajaran jangan anda merendah diri dan berputus asa, kejayaan sesorang bukan lah terletak kepada satu Sijil itu. Tetapi kejayaan akan dikecapi jika kita kuat berusaha, tidak mengalah dan tidak berputus asa.
Jika anda selidik sendiri contoh-contoh insan yang telah berjaya, anda akan menjumpai ramai yang berjaya bukan disebabkan sijil mereka tetapi disebabkan usaha yang tidak mengenal erti putus asa.
Oleh itu, tempuhi la ujian yang datang di dalm hidup kita tanpa berputus asa. Janganlah kita menganggap ujian itu terlalu berat bagi kita. Apa yang kita impikan adalah tidak mustahil. Biarlah orang bernggapan kita gila sekali pun tetapi jangan sesekali kita berputus asa dan melarikan diri daripa ujian yang datang. Tempuhi ujian yang diberikan..
Akhir sekali jangan lupa berdoa dan berserah kepada yang Maha Esa. Jangan sesekali kita melupakan-Nya walupun sejahat mana kita. Pastikan Yang Maha Esa berada di dalam hati kita.
Lagu mp3 Meet Uncle Hussien
La la la.. Kerja!
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

May 27th, 2008 at 7:33 am
Saya setuju dengan semua pendapat kecuali ini.
Sebab berjuta-juta benih itu tidak boleh di istilahkan sebagai seseorang individu.
Hahaha.
Memang selalu mendengar pakar-pakar motivasi berbicara tentang ayat ini.
Cuba bayangkan keadaan ini.
Ada berjuta-juta sperma. Mari namakan cuma dua.
Sperma X dan Sperma Y.
Dan satu sel telur(ovum)
Walau bagaimana pun, maksud saya walaupun Sperma X atau Sperma Y yang berjaya menyuburkan satu sel telur itu, hasilnya tetap sama. Iaitu sel janin yang kemudian menjadi embrio dan seterusnya lahir sebagai seorang bayi dimana ianya akan membesar dan menjadi seorang manusia.
Kesimpulan: Walaupun mana-mana sperma yang berjaya menyuburkan sel ovum, hasilnya tetap melahirkan seorang manusia yang sama. Contohnya sendiri ya, saudara Nasrun.
Hehehe.
Dan satu lagi.
Salam mesra,
Pangeran Wiguan
May 27th, 2008 at 8:11 am
Dalam Islam jika kita menkaji benda ni di dalam Al-Quran kita akan dapati sperma yang berjuta-juta yang bersaing itu tidak akan menjadi individu yang sama..
Tetapi didalam sains mungkin ianya difikirkan begitu.
Pada sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang nya betulkan aku jika aku tersilap.
Terima kasih Pangeran kerana memberi komen yang baik.
May 27th, 2008 at 8:41 am
Oh tak terfikir pula saya…
Hehe…
Tapi saya ada membaca ini…
Bukankah ianya bermaksud sesuatu sperma itu tidak melambangkan sesuatu individu.
Sumber
DR. ZAKIRNAIK
ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
56/58 Tandel Street (North), Dongri, Mumbai - 400 009 (India)
Tel: 3736875 (6 lines) • Fax 91-22-3730689
•e-mailislam@irf.net ‘www.irf.net
May 27th, 2008 at 10:37 am
Aku pon masih lagi mencari ayat yang selalu para motivasi gunakan itu.. Thanks Pangeran for your info.
May 27th, 2008 at 10:54 am
[...] Hari hari kerja. Hendak atau tidak sememangnya makanan di dapur perlu dibelikan juga. Kalau anda tak belikan makanan dapur sekalipun tolong lah ibubapa bayar bil elektrik ke, air ke, dan paling-paling pun bil streamyx. Mungkin ini dapat memberikan kita disiplin dan sedikit tanggunjawab yang kita perlu mencapai target untuk membayar sesuatu dan seterusnya berusaha ke arah kegemilangan. [...]
May 27th, 2008 at 11:58 am
Hmm, kalo jumpa share la… Sama-sama kita tau… Eh, nak tanya, apa plugin ko pakai untuk “reply to this comment” ni? Brian threaded comments ke?
May 27th, 2008 at 12:29 pm
Brian Threaded comment.. Betul tu..