Kord, Lirik, Mp3 dan Video Cinta Tiga Segi
- 27 Comment
Buat Duit Online dengan Website anda Disini!!
Dengar Lagu Cinta Tiga Segi
Assalamulaikum..
Hari ini Makmal Cyber akan membincangkan tentang Lagu Cinta Tiga Segi. Aku juga menyediakan link untuk anda semua mendownload mp3 dan video lagu ini. Link download terdapat di akhir post.
Anda semua tahu tentang kisah Cinta Tiga Segi? Banyak pendapat dan pandangan dari ramai pendengar tentang lagu ini. Lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebelum dihukum gantung.
Ada yang menyatakan lagu Cinta Tiga Segi itu adalah lagu lama tetapi di ilham kan kembali oleh Allahyarham Hazwan sebelum dia dijatuhkan hukuman.
Ada pendapat lain pula, lirik dan Lagu Cinta Tiga Segi itu memang ditulis oleh Allahyarham sendiri.
Ada pula yang menyebarkan video pembunuhan seorang perempuan dengan kejam dan menyatakan itu perempuan yang telah dibunuh. Pada pandangan BC, itu adalh satu video dari negara jiran. Bukanlah apa yang dilakukan oleh allahyarham Hazwan. Hanya lagu latar cinta tiga segi untuk mensyahdukan video itu lagi.
Aku ada terdengar yang allahyarham Hazwan adalah orang Negeri Sembilan. Adalah ianya benar? Sesiapa yang mengetahui kebenaran kisah ini bolehlah menceritakan kisah yang sebenar di sini. Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan pendapat dan pandangan juga boleh berbuat demikian..
Semoga kita semua dapat pengajaran dari kisah Cinta Tiga Segi ini.
Dibawah ini aku menyediakan link untuk download lagu Cinta Tiga Segi. Ianya percuma dan mudah. Hanya klik sahaja. Selamat mendengar..
Download Video Cinta Tiga Segi
Lirik Cinta Tiga Segi
Dm C A Dm 2X A
Dm C
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
A Dm
akhirnya kau menjadi milikku
Dm C A Dm
sukarnya untuk ku melupakan mu kerna kau ku cintai selalu..
Chorus :
Gm C Dm
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu..
Bb C Dm
datang kembali mengenang cinta dahulu..
Dm Gm
mengapa ini semua harus berlaku..
C F
apakah ini semua kerna diriku..
Bb A
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..
Bb C Dm
tak sanggup… aku melepaskan mu…
Gm C Dm
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
Bb C Dm
tak tahu mana arah untuk kau menuju…
Dm C A Dm 2X Bb C F Bb C A Dm
ulang chorus
Gm C Dm
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
Bb C Dm
tak tahu mana arah untuk kau menuju…
Dm C
Andai kau pinta untuk melepaskan mu…
A Dm
terpaksa aku turutkan….
Dm C A Dm B C Dm A-Dm End
Mungkinkah ini suatu pengajaran di dalam percintaan…………..
Tag :
makmalcyber
cinta tiga segi
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
27 Comments on this post
Trackbacks
-
iraa said:
Thanks for this song…
May 10th, 2008 at 2:16 pm -
apa said:
best la lagu nie,, mak aku pun kata best,,,
June 6th, 2008 at 9:52 am -
lynn,sbh said:
best giler lagu ni..sedih gak bt aku nangis tiap kali dgr lagu ni,lagi2 bila tau psl citer d sblik lirik..huhuhu..kdg2 bwt aku insaf gak…tapi xtau pa citer yg sbnrnya..
June 16th, 2008 at 4:44 am -
nasrun said:
Mengikut cerita rakan-rakan Allahyarham..
Tunang Allahyarham meminta putus tunang kerana igin kembali pada kekasih lamanya.
Die tak puas hati die pergi umah tunang die tu.
Tengok tunang die tengah wat projek ke wat ape tu aku tak pasti..
Yang pastinya die bunuh tunangnya n kekasih tunang nya kat situ gak..
Terlampau sayang dan geram agaknya..
Tu je citer aku tau..
Selamat mendengar..
June 16th, 2008 at 1:50 pm -
shaZZyika said:
sebab tuh kalau nak berkasih-kasihan..jangan curang..
setia jer pada satu kan bagus..
tp kalau dah xde jodoh..jgn la buat pekara yg x disukai oleh Tuhan….
membunuh berdosa…huhuhu~
shaZZyikas last blog post..Impian Seorang Mahasiswi
July 1st, 2008 at 2:35 pm -
nasrun said:
Betul tu Yika..
July 1st, 2008 at 2:59 pm -
shaZZyika said:
yes…yika sentiasa betull.. =.=”"
shaZZyikas last blog post..Impian Seorang Mahasiswi
July 1st, 2008 at 4:01 pm -
nasrun said:
Yer.. sentiasa betul.. lucu la yika ni..
July 1st, 2008 at 7:16 pm -
shaZZyika said:
lucu? konteks ape kah? hahaha.. yika ni ade ekor ke ade tanduk? uhuuu
shaZZyikas last blog post..Impian Seorang Mahasiswi
July 2nd, 2008 at 11:16 am -
nasrun said:
Tak-tak.. takde paper la..
July 2nd, 2008 at 11:19 am -
shaZZyika said:
wekkkkk!!!
shaZZyikas last blog post..Impian Seorang Mahasiswi
July 2nd, 2008 at 11:21 am -
Pangeran said:
Sapa yang pakai topi hitam tengah plucking gitar tu?
Bro Nasrun ker?
Terrer jugak men gitar…
Hehehe…Tu dah pompuan tu terus terang minta putus, bukan curang la…
Pangerans last blog post..Firefox 3
July 7th, 2008 at 2:35 am -
nasrun said:
Tu bukan aku la Pangeran.. Hehe.. Ape da.
Masalahnya bile lagi seminggu nak kawin die minta putus.. Berangin la balak die agaknya.
July 7th, 2008 at 6:05 am -
Pangeran said:
Hahaha…
Stail hampir sama…Tinggal seminggu baru minta putus?
Kalau aku, cari bomoh/ulama…
Mintak pengasih…
Daripada membunuh…
Baik lagi cara ni…Pangerans last blog post..Firefox 3
July 7th, 2008 at 6:53 am -
shazzyika wek said:
lerr…xbaek cam tu pangeran..berDOSA.. wekkk
on the way minta putus..dalam keadaan invisible…dea curang…dea main pintu belakang. bile dah terdesak..baru dea minte putus….. heeee
CURANG gak tuh.. wekkk :PP
July 7th, 2008 at 7:50 am -
Pangeran said:
Ai…
Daripada dosa membunuh,
lagi baik dosa pakai pengasih…
Hehehe… Untung tak rugi… Tapi takkan takde pengasih yang “halal”… Ade kot…Cuba tanya orang tua-tua…
Ooo…
Dia curang silent mode ler tu…
Hmm… Masih jugak nak sarankan pakai pengasih daripada membunuh…
Sebab dia cinta banget ngan pompuan tu…
Saya faham perasaan dia(Laki tu)…Lau Bro Nasrun camne?
Hehehe…July 7th, 2008 at 8:04 am -
nasrun said:
Kalau aku wat bodo jer.. Bunga bukan nya sekuntum.
No women no cry.. hehe..
Membunuh takde faedahnye, mungkin terlalu ikut perasaan dan hasutan syaitan.
July 7th, 2008 at 8:31 am -
shaZZyika said:
wekkkkkkkkkkkkkk………buat bodoh?????? meh cube..wekkk
dah nak kawen tuhhh… alahaii….xde perasaan kee pakcik? uhuhuhu….
p/s no komen..pengasih ke pengasuh ke bunuh kee NO WAY…huhuhu…bior bior…
shaZZyikas last blog post..Happy Birthday to Jee Jessica Synna (19th)
July 7th, 2008 at 9:01 am -
nasrun said:
BUat bodo je la yika.. Nape tak cayer?
July 7th, 2008 at 9:11 am -
shaZZyika said:
a,ah…yika buat2 cayer…nangis pun tak eh?huhu
shaZZyikas last blog post..Happy Birthday to Jee Jessica Synna (19th)
July 7th, 2008 at 10:16 am -
nasrun said:
Tak nangis kot..
July 7th, 2008 at 11:09 am -
shaZZyika said:
uishh…
hmm…..shaZZyikas last blog post..Happy Birthday to Jee Jessica Synna (19th)
July 7th, 2008 at 11:28 am -
yuyu said:
sedihnye lagu nie…….aku mcm nak nangis jer dengar lagu nie.
August 14th, 2008 at 2:08 am -
CT said:
MANA SATU AKU NAK CAYER NI…
August 14th, 2008 at 5:56 am -
Pangeran said:
Mana-mana jak…
August 14th, 2008 at 5:57 am -
izzhar said:
aku rase nie yang betul…. aku copy n paste dari forum..
ATTENTION ALL:
Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.Sebelum saya mulakan,cerita tentang wujudnya video Hazwan membunuh tunangnya itu sebenarnya adalah TIPU.. Pls search for “HONOR KILLING - IRAQI GIRL STONED TO DEATH”.. itu bukan video sebenar pembunuhan yg dikatekan dilakukan oleh Hazwan.. Tolong hentikan cerita yg MENGARUT ni k.
Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.
Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2.
Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah. Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari ‘arwah’ yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (”,)..
Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.
Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR. Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..Terima kasih…
Regards,AYIE.
sapa2 nk lagu nih dlm format mp3 email kt haku..
fightblack22@yahoo.comAugust 21st, 2008 at 7:35 am -
abdfatah said:
aiyaaaa… sudah kuar itu tuan punya lagu… bukan lagu banduan, bukan lagu 3 segi. namanya lagu perangkap cinta…
August 22nd, 2008 at 12:50 pm



