Untuk mula melangkah ke dalam bidang Internet Marketing, untuk memilih hosting yang terbaik di Malaysia adalah sukar kerana masih belum berpengalaman dalam penggunaan hosting berbayar. Hanya bergantung kepada nasihat rakan dan bertanya pendapat di forum dan blog-blog.
Aku telah menggunakan perkhidmatan hosting Malaysia dari NetKL. Adakah NetKL salah satu hosting terbaik di Malaysia? Server agak laju. Service 24hours. Agak bagus.
Tetapi masalah timbul kepada aku dan semua pengguna NetKL hosting dalam 2 minggu ini. Aku pon tidak tahu apakah yang menyebabkan database dan server NetKL corrupt . Menyebabkan database terpaksa dipindahkan ke server baru.
Akhirnya dalam beberapa hari ini, NetKL telah menyelesaikan masalah hosting ini secara berperingkat. Terima kasih kepada NetKL kerana sedaya upaya menyelamatkan database pengguna.
Aku berpuas hati walaupun mengalami ganguan mental kebosanan semenjak masalah timbul kerana tidak dapat menulis di blog. hehe..
Maaf tajuk post ni agak lari dari topik yang dibincangkan..
Ps>> Kongsi la pengalaman korang kat sini ye..
Pss>> PR blog dah meningkat dari PR1 ke PR2. Korang camner? =)
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

September 27th, 2008 at 3:11 pm
PEMILIHAN HOSTING TERBAIK DI MALAYSIA | Ada Apa Dengan Blog…
Untuk mula melangkah ke dalam bidang INTERNET MARKETING, untuk memilih HOSTING TERBAIK DI MALAYSIA adalah sukar kerana KURANG PENGALAMAN GUNA HOSTING BERBAYAR….
September 27th, 2008 at 3:37 pm
hoho bulan Ramadhan ni banyak hosting yang down.. serverfreak down masa awal2.. datakl pon down.. netkl pon down.. namsahaz pon down..
hohoh byak pahala bloggers.. bulan2 poser ni…
September 27th, 2008 at 3:43 pm
Banyak rupenyer hosting down.. haha..
Ingat netkl jer..
September 27th, 2008 at 5:40 pm
hahaha. setakat ni aku guna namsahaz, netkl dan rawanaz. tak perlu aku huraikan semuanya sebab ko dah tau kesemua ciri-ciri hosting tersebut. aku ada terfikir nak testing satu lag sykt. ahakss…. takper la tunggu next year lah. ahhaha
September 27th, 2008 at 5:42 pm
setakat ni aku tak ada masalah dengan hosting..aku guna namsahaz….
September 28th, 2008 at 12:28 am
Kalau nak pilih hosting, bergantung kepada target visitor kita. If kita target visitor dari Malaysia, so better pilih datacenter dekat Malaysia. If target visitor dari International, so pilih yang datacenter dekat oversea.
September 28th, 2008 at 12:32 am
Betul gak.. tapi bile data center oversea ni.. kdg-kdg ftp server die lembab ar.. Betul ker?
September 28th, 2008 at 6:50 pm
hohoh aku beli kat serverfreak… awalnya data center kat kl.. tapi pas kene ddos ari tu terus dia pindahkan akunye data center kat georgia,atlanta plak.. hoohoh
September 28th, 2008 at 6:52 pm
Aku dengar NetKL pon kena ddos gak aritu..
tapi tak tau la die pindah server kat mana.
November 29th, 2008 at 3:36 am
pengajaran, tanya dulu provider sedia ddos protection ka x pada server tu. kalu provider betul2 jaga client, sure server diorang ada. kos mahal gak utk protection tu.
November 29th, 2008 at 7:13 am
Betul la hanep.. NI netKL ade bebrapa features yang diorang tak jaga.. Kena berhati2 pilih hosting lepas ni.
March 21st, 2009 at 12:16 am
Tips dari otai sealserver tu…