Buat Minisite | Apa Itu Minisite?
- 9 Comment
Buat Duit Online dengan Website anda Disini!!
Minisite atau Sitelet ialah satu website yang mudah. Biasaannya satu page dan mengandungi pelbagai fungsi di dalam nya. Sesetengah minisite hanya mengandungi borang “opt-in” untuk mendaftar sebagai newslatter atau ezine. Apa yang diterangkan dalam minisite adalah berkenaan “opt-in” form yang disediakan. Kebiasaannya, domain yang digunakan berkaitan dengan “opt-in” yang ditawarkan.
Satu lagi jenis minisite ialah minisite yang dibuat untuk menjual sesuatu produk yang korang rasa boleh mendapat sambutan secara online. Biasanya mengandungi sales letter untuk bakal pembeli. Ia juga mengandungi gambar produk, testimoni, penerangan produk dan borang tempahan produk. Ada juga yang mengandungi satu minisite yang lain untuk borang tempahan. Tetapi untuk lebih mudah korang boleh menerima pembelian atau tempahan melalui telepon atau email.
Minisite juga boleh berfungsi sebagai halaman affiliate iaitu satu page yang menarik dan menggunakan domain seiras produk yang dipromosikan dengan cara redirect link affiliate anda untuk pembeli ke halaman utama produk yang dipromosi. Ini bertujuan untuk menarik lebih perhatian dan minat untuk satu produk berbanding mempromosikan secara banyak dalam satu page.
Korang juga boleh menggunakan minisite untuk buat duit online dengan iklan google (Google Adsense). Korang hanya perlu menulis satu atau dua artikel dalam satu page yang berkaitan keyword bidaan iklan yang mahal. Korang juga boleh membeli domain khas untuk minisite tersebut untuk mendapat ranking lebih tinggi dalam enjin carian. Ini sangat bagus untuk iklan-iklan pay per click ( PPC). Lebih memudahkan korang tak perlu menulis selapas itu. Minisite jenis ini sangat kecil dan dibuat dengan lebih spesifik pada tajuk.
Untuk membuat dan membina satu minisite memerlukan modal atau korang boleh guna sub domain korang. Kos untuk membuat minisite bergantung pada kemahiran designer. Lebih berkualiti design yang dihasilkan. Lebih mahal kos nya.
Kalau korang rasa nak mendapatkan satu minisite untuk apa sahaja fungsi yang korang nak buat, aku menyediakan perkhidmatan ini di Design Studio MakmalCyber dengan harga promosi.
Beberapa tempahan telah di ambil. Tempah sebelum tamat promosi harga yang aku tawarkan.
Tempah di http://designstudio.makmalcyber.com
Satu contoh design minisite yang baru disiapkan :
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
9 Comments on this post
Trackbacks
-
aman said:
lawa gak design die..huhu
July 30th, 2008 at 10:35 am -
paan said:
wah,hebat..aku teringin nak belajar bab-bab design nie.hehehehe
July 30th, 2008 at 12:37 pm -
Pangeran said:
Wah… Terima kasih diatas info ini.
Saya merasa post ini menjawab persoalan komen saya pada post sebelum. Iyakan… Ha! Terbit satu idea pulak lepas baca info nih.Thanks…
July 30th, 2008 at 1:13 pm -
taukey said:
hahahaha. byk sgt nama. he he. ada panggil minisite, ada panggil squeeze page, . tapi secara amnya perkara tersebut adalah sama kan. he he he
July 30th, 2008 at 1:39 pm -
titan said:
hehe. memang lawa.
Aku dah setat main2 minisite nih. Ada lagi 2 web jualan tak siap-siap lagi. Waa..
July 30th, 2008 at 10:40 pm -
ijamidayu said:
Lawa design awak. LAgi 1 persoalan pangeran terjawab sudah.
July 31st, 2008 at 4:53 am -
KNizam said:
bau aku tahu emendelah minsite neh. hehe
August 1st, 2008 at 2:46 pm -
emme said:
Maju setapak lagi, lepas Din ko pulak Nasrun, bagus…
August 9th, 2008 at 1:44 pm -
nasrun said:
Biasa je Emme.. Blaja lagi.
August 10th, 2008 at 3:13 pm




