Antivirus XP 2008 Sejenis Malware Perosak

Antivirus XP 2008

Jenis : Malware Perosak
Nama : AntiVirusXP2008
Risiko Pada Komputer : Sederhana ( Bagi yang tahu ) - Bahaya ( Bagi yang tak tau)
Boleh menjangkiti Sitem : Windows 98, Windows 95, Windows XP, Windows Me, Windows Vista, Windows NT, Windows Server 2003, Windows 2000

Simptom-simptom

  • Paparan seperti gambar di atas dan dibawah di dalam pc anda.
  • Wallpaper komputer anda berubah, mengatakan komputer anda dijangkiti virus dan malware.
  • Pengguna dikehendaki membeli lesen Antivirus XP 2008 untuk menghapuskan malware ( konon nya ).
  • Komputer menjadi lembab dan Antivirus XP 2008 sering pop up pada desktop.

Cara-cara membuang dan menghapuskan Malware Perosak Antivirus XP 2008

  • Start, run
  • Taip msconfig
  • Pergi ke Startup tab
  • Buang tanda lphc35dj0e1an
  • Uncheck rhc75dj0e1an
  • Klik apply, kemudian ok
  • Restart komputer
  • Kemudian delete file utama yang digunakan malware Antivirus XP 2008. Delete file-file dibawah :
    • C:\windows\system32\lphc35dj0e1an.exe
    • Kemudian delete folder ini juga - C:\program files\rhc75dj0e1an

Langkah yang telah diberikan diatas sepatutnya telah membuang dan menghapuskan malware dari sitem komputer. Tetapi, di desktop anda masih mempunyai wallpaper amaran. Virus ini telah menghalang kita dari menukar wallpaper itu.

Untuk memulihkan dan menukar wallpaper tersebut. Ikut langkah di bawah.

  • Start, run
  • Taip Gpedit.msc
  • Navigate to User configuration, Administrative Templates, Control Panel, Display
  • Right click on Remove Display in Control Panel
  • Klik pada Properties dan pilih Disabled

Buat langkah yang sama pada file berikut.

  • Hide Desktop Tab
  • Prevent changing wallpaper
  • Hide Apperance and Themes tab
  • Hide Settings tab
  • Hide Screen Saver tab

Anda sepatutnya telah boleh menukar kembali wallpaper anda.

Terus ikut langkah-langkah yang diberikan di bawah untuk menghapuskan sisa-sisa virus dan malware ini:

  1. Sila download Malwarebytes’ Anti-Malware di sini - Here
  2. Klik dua kali mbam-setup.exe untuk diinstall.
  3. Pastikan anda tandakan di kotak kecil di sebelah Update Malwarebytes’ Anti-Malware dan Launch Malwarebytes’ Anti-Malware, kemudian klik Finish.
  4. Jika update dijumpai, ia akan mendownload dan install version terbaru.
  5. Setelah selesai, pilih “Perform Quick Scan”, kemudian klik Scan.
  6. proses ini mungkin mengambil masa. Di harap anda bersabar.
  7. Setelah selesai proses “Scan”, klik OK, kemudian klik Show Result untuk melihat result.
  8. pastikan semua ditandakan dan klik Remove Selected.
  9. Setelah disinfection selesai, satu log akan dibuka dengan Notepad dan anda dikehendaki restart komputer anda.
  10. Log secara automatik akan di simpan dengan nama MBAM dan anda boleh melihat kembali dengan klik pada Logs tab dalam MBAM

Note Tambahan:
Jika MBAM mengalamai kesukaran untuk membuang file yang dijangkiti, anda akan diberikan arahan untuk melakukan nya semula , 1 atau 2 kali. Klik OK dan biarkan MBAM berfungsi melakukan pembersihan malware dan virus. Jika anda dikehendaki restart komputer sila lakukan nya segerta.

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Post Berkaitan

29 Comments »

  1. avatar comment-top

    ceiitt… sgt bahaya betul la nasrun. tak sangka mereka sunggguh advance. berselindung di sebalik program antivirus

    ko dh terkena ke?

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Dah terkena la.. sebab tu aku buat post..

    Dulu aku kena terus aku format pc.. Sekarang dah tau camne..

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Vista?

    Aku guna Vista…
    Boleh ke pakai cara tu?

    comment-bottom
  4. avatar comment-top comment-bottom
  5. avatar comment-top

    …..hehehe. kita tak install kan tapi cemaner benda tu pandai masuk nasrun?

    lagi satu ada gak komputer kawan kena cam ni. dia format terus sebab dia terkejut tgk virus beribu ribu dalam komputer dia. hahaha

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Aku pon dulu camtu jugak.. Tapi bile tanyer cik google ni ade la solution nyer.

    Malware or virus ni masuk semasa kita mendownload sesuatu file dalam internet. Memang tak perasan. Event kaspersky pon tak boleh nak halang.

    Aktiviti die lebih macam antivirus. Memang menyusahkan.

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    kalau kne mende2 cmtu xpyh format..aku ade cara terbaek untuk korang..hehe…nnt kan post aku dalam blog aku..huahua..

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Ni pon tak kena format..

    Ade cara lagi senang ke azuwan?

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    wow bro ni dah macam guru ni ,

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Guru apenyer.. Cik google tu guru aku.. hahaha..

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Cik?

    Tu Pak Cik Google lah… ;-)

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    hahaha…kalau ikut bob.my dia kata cik google yang ada belahan dada yang cantik. :D

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    Yaka?

    Mana? Mana?

    Yang cik tu Cik Analytics la… Nick name dia Ana..

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    Taukey –> haha… lucah..

    Pangeran –> Aku gune anak die. Perempuan. Pakcik dah tua, tak best..

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    wow ..dah boleh “masuk blog” ini sudah ,sebab blog saya juga server down …wow tunggu sekitar dah 36 jam ..

    comment-bottom
  16. avatar comment-top

    [...] Nasrun [...]

    comment-bottom
  17. avatar comment-top

    mula2 menda nih kuar saya senyum je… sebb apa? sebb tetiba aje ada dalam komputer. Bila saya masa install menda nih… dia install masyuk sendiri…

    teringat berkenaan microsoft mana ada kuar jenama antivirus sedemikian rupa…lepas tu google aje cari apa kebenda XP antivirus nih……

    dah google tu tau laa menda nih malapetakaware punya angkara dan dengan wuahahahahahahaaaa nyaaaa dengan selambanya saya restore semula aje ke tarikh sebelum kena serangan tersebut…

    cara di atas pun kena buat jugak nak check saki baki ada lagi ke tidak… dua kali dah tempiasnya… memandai aje masyuk install sendiri secara tetiba tiba…

    comment-bottom
  18. avatar comment-top

    Mungkin boleh restore kalu kita perasan benda ni.

    Tapi kalau dibiar terlalu lama, ia akan men “disable” kan system restore pc atau komputer kita.

    comment-bottom
  19. avatar comment-top

    oh..benda ni la yg asik suh aku donlod je bbrp bln lps lalu..hahhaa..nam jahanam rupanya benda ni..nasib baik aku tak donlod..huhhuu

    comment-bottom
  20. avatar comment-top

    wow..”tukar baju” lagi ,saya sangka salah “masuk rumah” cantiknya …aku masih tak pandai “tukar baju” lah bro

    comment-bottom
  21. avatar comment-top

    Farahaznil –> Tak donlod pon tapi die dah kena jugak tu. :P

    Pakar Clickbank –> Ramai sangat yang gune theme aritu. So,tukar baju la.. :)

    comment-bottom
  22. avatar comment-top

    hu hu aku hanya ada satu baju sahaja ,nampaknya dah tiba masa untuk tukar ni…

    comment-bottom
  23. avatar comment-top

    biasa le tu…nak buat duit katakan…so nasihat sy tak yah try software trial ni

    comment-bottom
  24. avatar comment-top

    Kita –>Software mana yang takyah try?

    comment-bottom
  25. avatar comment-top

    Antivirus XP 2008 Sejenis Malware Perosak | Ada Apa Dengan Blog…

    Jenis : Malware Perosak
    Nama : AntiVirusXP2008
    Risiko Pada Komputer : Sederhana ( Bagi yang tahu ) - Bahaya ( Bagi yang tak tau)
    Boleh menjangkiti Sitem : Windows 98, Windows 95, Windows XP, Windows Me, Windows Vista, Windows NT, Windows Server 2003, W…

    comment-bottom
  26. avatar comment-top

    dah penah kena seblom ni…x ley bla betul…sakit ati nk kena format balik.. *time tu malas nk pk solution manual nk fix kan smua skali..hohooh..

    anyway, thanks for the solution.. :D

    comment-bottom
  27. avatar comment-top

    You are welcome izzat..

    Aku dah kena ni lebih dari 5 kali.. Sebab handle banyak sangat pc. Ni dah tak leh tahan trus wat research.

    Rupenya takyah format.. Lau tak banyak kali la kena format.

    comment-bottom
  28. avatar comment-top

    Ni..makwe aku penah kena… masa tu aku kat rumah..dia masih kat universiti… biasa la perempuan..bila web tu kata ada virus mulalah takut….ape lagie…install jelah.. lepas install meragam komputer…. pastu bawak baiki kedai habis RM20…. pastu baru beritau aku….bukan nak bagitau awal…kan dah hilang RM20.. belanja aku makan KFC lagie sedap.

    comment-bottom
  29. avatar comment-top

    Biasa la tu… perempuan.. banyak-banyak bersabar..

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment

Grafik | Panduan Blog Wordpress uses Thank Me Later