About
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kenali penulis blog Makmal Cyber
Laman blog.makmalcyber.com ini di buat pada bulan awal bulan lima tahun 2008. Blog Makmal Cyber ini adalah kepunyaan saudara Ahmad Nasrun. Beliau berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan. Beliau adalah anak kesepuluh dari 14 orang adik beradik.
Tujuan utama beliau menubuhkan blog Makmal Cyber ini adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pendapat dengan pengguna-pengguna internet di tanah air kita, Malaysia.
Kat atas tu macam aku ni YB lak nak gelarkan diri sendiri beliau. Baiklah.
Aku medapat pendidikan awal di Sekolah Methodist A.C.S Klang. Belajar sampai darjah dua je kat situ then aku pindah ke Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang. Sampai menduduki U.P.S.R
Selepas mendapat keputusan UPSR yang agak cemerlang aku mendapat tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Nama Selangor tapi sekolah kat Bandar Tun razak. Maybe dulu kawasan tu adalah sebahagian dari negeri Selangor.
Aku menuntut di SMSS dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. banyak pengalaman menarik dan tak menarik aku kat sane. Yela, 5 tahun dok situ. Asrama lak tu. Paham-paham sendiri la budaya asrama ni.
Setelah mendapat keputusan yang tak seberapa nak bagus aku apply untuk masuk ke universiti tempatan. Dapat la masuk UiTM Shah Alam dalam jurusan Mekanikal Aerospace. Aku tak nak amek jurusan tu sebenarnya. Aku lebih minat untuk mengambil jurusan Arkitecture or Komputer tapi atas nasihat keluarga aku amek jugak kos yang seberapa nak best tu. Bukan tak best. Pecah kepala wo belajar. Lagi-lagi UiTM ni banyak belajar teori jer. So aku belajar la sampai aku sem 5.
Lepas sem 5 aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Bukan disebabkan kena tendang or ape. tapi masalah peribadi aku sendiri yang kalau aku cerita kat sini bole jadi novel sedih pulak. hehe.
Da stop belajar aku buat la keje-keje sampingan untuk menyara hidup ni. Banyak juga kerja yang aku lakukan. 7eleven, Formigation, kedai makan Bees dan banyak lagi la. Da dua tahun aku dok merantau kat tempat orang, arwah abang aku suro aku balik rumah keje kat kampung jer. Mula-mula aku berniaga then jadi cikgu sandaran. Tapi aku tak minat jadi cikgu ni. Tu pon saje try nak rase. hehe..
Last sekali abang aku yang kedua mengajak aku berkerja dengan nya. Forex Trading. So aku keje la sampai sekarang. Tapi sekarang ni aku tak amek endah sal trading lagi aku tumpu pada IT untuk syarikat abang aku ni. So banyak la mase aku nak berblogging.
Start ari tu aku mula la berblogging. Gune hosting free je. Ape lagi blogspot la. E-book pertama aku beli adalah Panduan raja Adsense. Dengan buku itu aku tertarik dengan dunia blogging. Aku pon mula belajar dunia blogging ni dengan sendiri. Memang menarik.
Aku kagum dengan IM-Im muda malaysia seperti Lebanon mengejar cita-cita dalam dunia internet tanpa putus asa dalam usia yang muda.
Kerana kekaguman aku kat diorang ni aku amek anisiatif untuk mempunyai hosting sendiri..
Maka tertubuh la Makmal Cyber Dot COm.
Sekian,
Ikhlas dari meja editor,
Nasrun
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!



